Thursday 14 March 2019

Bercuti di Korea Selatan Part 1

Inilah antara percutian yg sgt sy nanti2kan iaitu bercuti di Korea...mungkin kerana terpengaruh dgn cerita dr Korea. Cerita yg paling terkesan adalah Winter Sonata...sy dgn mak sy sgt lah suka dgn cerita tu...since then sy ckp dlm hati yg sy akan melancong ke sana juga...actually sy suka Korea dan Japan kerana cara mereka kehidupan mereka yg mengamalkan cara Islam...bermulanya perancangan utk ke sana apabila kenal dgn seorg kwn perempuan ni yg suka travel until skrg dia buat as full time job...kami pun tgk la jadual dia dan aim utk ke Korea semasa musim Salji...its one of my favourite season...start dr bln 8 thn lps dah kumpul duit dan at last alhamdulillah tanggal 19hb 2 sy berlepas ke Korea Selatan pd pukul 7.20am.

Of course excited sgt...beli bj dan kasut winter awal2...supaya nnt akan ada duit utk benda lain...dlm ms 6 bln buat persiapan...alhamdulillah semua dah settle tinggal utk terbang jer...

Bermulalah kembara musafir sy melihat bumi ciptaan Ilahi...flight yg menganbil masa dlm 6.5 jam tu mmg satu jangka masa yg tidak terlalu lama bg saya...letih mmg letih tp bila captain kapal kata kita akan tba di Icheon Korea...hanya Allah je yg tahu betapa hati ini sgt teruja...actually melancong ke Korea ni adalah impian sy dgn mak sy...tp mak sy x nak pergi since boyfriend dia (abah saya) telah pergi menghadap Maha PenciptaNya...so mmg nak ambil byk2 gmbr pemandangan nak bg mak sy tengok nnt....
Setibanya di airport, kami disambut oleh leader kami yg sedia menunggu di sana...kami pun berjalan meninggalkan kwsn KASTAM....leader kami kata kita naik kenderaan awam ke sana...ini yg membuatkan sy teruja sgt kerana sy mmg teringin menaiki kenderaan awam Negara yg sy lawati...selalunya jika outstation overseas perkara ini x dpt sy buat kerana sudah ada yg pick up & hantar blk ke Hotel...kalo pusing2 pun naik kereta...kami pun Q la nak naik bus number 6001 nak ke tmpt penginapan kami iaitu di Dongdemun...mmg sy kagum dgn Negara Korea ni kerana mereka menepati masa...selama 20 mins menunggu bus kami sampai...buat sy kagum lg adalah luggage kami akan ditampal dgn number utk tandakan tu bag kita mcm sistem dlm kapal terbang mcm tu...then  perjalanan kami dr Incheon ke Dongdemun mengambil masa dlm 1 jam 15 min kalau x silap...
Dalam perjalanan ke Dongdemun...mata sy x lepas melihat pemandangan Negara Korea...mcm apa yg saya lihat di dlm cerita Korea...semuanya boleh sy lihat di sini...
Setelhah 1jam 15 mins berlalu kami tiba di Dongdemun...kami mengeluarkan semua bag dan kami pun berjalan menuju ke guesthouse kami...dlm perjalanan tu blh dilihat cara kehdpan mereka...yg mana mereka mengalamkan kebersihan...walaupun gerai2 di tepi Jalan...mereka akan tutupnya dgn plastic supaya keadaan gerai bersih dan makanan mereka pun bersih...kami berjalan dlm 5 mins (Rasanya) then kami pun sampai di gi guesthouse kami iaitu Seoul Doulbit...bg yg bujang kami ditingkat 3 dan yg berfamily di tingkat 2...merengkek bawak bag naik tingkat 3 dgn menaiki tangga...hahaha...dah check in kami nak settlekan bag2...jadi isu sbb nak solat xder tmpt...so kami buat keputusan solat di tgh2 pintu bilik...since kasut x dibenarkan pakai...hanya selipar guesthouse tu shj yg dibenarkan...so lantai bersih...dah ada wudhuk kaki jd pijau sbbnya lantai sejuk giler...masa tu suhu cecah -1oC....dah sudah solat kami pun merehatkan bdn tunggu azan magrib...lps tu keluar gi makan seafood halal di Korea....
Berikut adalah gmbr2 yg sempat sy snap utk tatapan

Masa ni baru sampai di Airport Icheon

Ada polis yg jaga...dia suruh cpt...lps tu mereka ada inspection rasanya

Di pintu masuk ke aiport dr pesawat

Di dlm airpot nak menuju ke kastam

Dah lps kastam terus nak tgk mana beg...

Masa ni tgh tunggu Q nak naik bus dan memunggah bag utk cari winter coat


Di dalam bus menuju ke guesthoiuse


Nie la tiket nmber utk bag yg diletak di tmpt bag dlm bus






Ini lah tempat kami tinggal
Next entry akan sambung  makan makanan seafood...


No comments:

Post a Comment