Monday 4 March 2019

Short Vacay di Ipoh (2019.01.19-21)

Sebenarnya short vacay ni tak dirancang pun...tujuan utama ke Ipoh menghadiri kenduri kawin kawan...since dah ke sana kwn sedara sewa homestay kat Ipoh...pastu ad aktiviti lain keesokkan harinya.....

Mula2 pergi kenduri kawin ianya ari Sabtu...mmg jem teruk dr KL ker Ipoh...sempat lah beli mcm2 kat highway utk dimakan dlm kereta...

Selesai ke majlis kami trus check in homestay...so lepak2 rumah solat semua dan kemudian plan nak makan apa malam tu...dah selesai solat magrib kita org pun pergi ke area dataran sbb sana ada byk food truck...dan harga giler murah if compared with food truck in KL...hahaha

Selesai makan kami park kereta di guesthouse dan kami jalan kaki ke pasar malam...actually mcm uptown...byk barang dijual...kami tgk2 shj brg2 tu since tak rasa nak membeli...

So malamnya kami hanya berbual kosong smpi trasa mengantuk trus masuk bilik tdo...

Day 2
As discussed malam semalam..kami nak try sarapan di New Hollywood Restaurant...which sana ada roti bakar telur goyang...sampai2 je kat sana...mmg ramai sgt org...kena Q utk dptkan meja...almost 20 minit tunggu dgn sabar akhirnya dpt la meja dan kerusi utk kami...dalam restaurant tu ada gerai2 kecil jual mcm2...harga x mahal sgt dan ianya sgt berbaloi...
Ini lah restaurant yg saya katakn tu...

Ramai yg Q utk dptkan kerusi


Dah puas sarapan...kami menuju ke MAPS (Movie Animation Park Studio) di Ipoh...dalam 20 mins perjalan dr tempat kami bersarapan...blh dikatakan lebih kurang mcm di USS Singapore...mcm ada...outdoor park pun ada...of course yg paling sy suka adalah extreme games mcm Solero di Genting Theme Park....mmg puas hati...yg lg best dpt jumpa geng yg sama2 suka game extreme iaitu kak Nora...dia ni kawan dgn sedara...mmg dah blh ajak2 gi extreme games...

Dah seharian kat sana...kami pun pulang kat homestay utk berehat dan menantikan solat Magrib dan isyak...malam tu kami makan di Nasi Lemak Ayam Kampung area homestay tp jemnya azab giler...tp makan puas hati..

Day 3
Kami bersarapan di tempat yg sama hari kedua...kerana x puas nak merasa semua...disebabkan ari tu adalah hari Isnin..org tak ramai sgt...so senang nak dpt kerusi dan meja...selepas bersarapan kami pergi ke ladang limau bali utk beli...di sana ada mcm2 produk berasaskan limau bali tu as much air minuman...makanan dan mcm2 lg....selepas tu kami ke tempat menjual kacang terbesar di Ipoh...siapa gout mmg ubat lah jawabnya..hhehehe...then niat nak pergi ke taman Jepun tp ianya telah pun ditutup selama 3 thn lps...sedih rasanya...after that before straight balik KL kami singgah ke Kellie's Castle...tmpt sejarah...menarik juga tmpt tu walaupun dah 2 kali pergi...abis semua lawatn bermulalah perjalan ke KL...which kami terpisah selepas berjumpa di R&R Tapah....

Sekian utk percutian kali ini...
Tunggukan entry percutian yg sgt sy nanti2kan

No comments:

Post a Comment