Sunday 3 March 2019

Bercuti di Sabah Part 1

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera semua

Arini nak bercerita mengenai percutian ke Sabah pada (2018.07.24 sehingga 2018.07.27) tahun lepas. Kami pergi berlima iaitu aku sendiri, Haizat (saudara), Eida (adik saudara), Izzat dan Safwan. Sekarang nilah team travel kami...4 lelaki & 1 perempuan...yg uniknya 4 lelaki ni ada nama yg sama Safuan & Safwan dan Haizat & Izzat...hahaha susah gak nak bg nickname...at last dah sedar diri tu tua tu yg bhskan abang hahaha

Actually planning awal thn lps nak gi jalan2 jer then bila tgk harga tiket murah trus kata nak ke sana...dan at the same time adk saudara & kwn2 dia mmg planning nak ke Sabah...tu yg kata blhlah join sekali...mereka pun setuju juga...so dari tu bulan 1 dah start compare harga tiket mana yg lg murah. At last kami pilih AirAsia (AA) sekali ada makan dgn buggage...harga tiket dalam RM 250 seorg...murahkan...

Memang teruja sgt nak ke Sabah sbbnya saya adalah salah seorg peminat kepada author Ramlee Awang Murshid...sy suka bc karangan buku beliau...dan ada a few bercerita mengenai Sabah which setiap kali baca sure terbygkan keindahan bumi di bawah bayu tu,.. kami pergi 4D 3N...

Day 1
Flight kami pg pukul 7.30am sebabnya nnt smpi sana dah blh jalan2 area sana...sampai sana dalam pukul 11 lbh mcm tu...kereta sewa pun dah ada kat airport...kami pun meneruskan penggembaraan di bumi Sabah...isi minyak kereta siap2 dan terus menuju ke KK which ambil masa almost 3jam 30 minit perjalanan...dalm setiap perjalanan kami tu dapat melihat dgn jelas Gunung Kinabalu...allahuakbar indahnya...mmg x blh nak digambarkan dgn kata2...
Setibanya di KK...kami check in guest house...turun2 kereta dapat rasa udara segar dgn cuaca yg sejuk...mmg indah...mcm biasa dah check in dok lepak dlm bilik dulu utk baring2 dan solat...yg best time nak solat...terjerit bila kena air sbb airnya sejuk sgt...



Selesai solat kami keluar cari makanan utk lunch...at last decide makan di Strawberry Shop (kalau x silap la namanya) yg mana dekat dgn ofis utk panjat Gunung Kinabalu...lps makan kami pergi ke Pekan Nabula usha2 barang kat situ...so far mmg murah la if nak cr yg kraf dan tshirt,...selesai ke sana kami pergi ke Pekan Kundansang...mmg best sana blh nmpk rumput yg menghijau...area sana ada KFC dan mcm2 kedai makan tp sana tutup awal...so sampai kol  lbh kami di sana...membeli makanan apa yg patot utk makan mlm...






Selepas solat magrib kami pergi cr makan malam dan selesai makan kami pusing2 dan masuk ke Kundansang Mount Valley Recreation & Resort...dalam sana ada indoor and outdoor aktiviti...since gi mlm dpt masuk BE Wonderland...di dalam sana ada 11 sections yg memberi kita effect yg berbeza...cthnya Winter, Autumn, Fairytale, Mirror Effect & mcm2 lg yg ada... kalo pergi siang blh la naik fkying fox dan mcm2 aktiviti extreme








Day 2 di Kundansang

Seperti yg sedia maklum...waktu solat di sana cpt berbanding di semenanjung...so Subuh sana awal...selepas selesai mandi dan solat kami pun kemas brg utk check out kerana kami akan ke Labuan ptgnya...sementara tu pg2 lg kami dah siapkan diri utk memanjat ke kaki Gunung Kinabalu...starting point mendaki di World Heritage dan kami mendaki dlm 1 jam lbg dgn suhu yg belas2 di kaki gunung...semasas mendaki tu sempat kami singgah di monument peringatan berlakunya earthquake...dan dalam perjalan mendaki sempat membygkan cerita di dalam novel Ramlee Awang tu...kami sampai di check point utk para pendaki utk memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu..





Selepas dah berpenat mendaki kami meneruskan perjalan ker Desa Dairy Farm...kat sana kami bruch trus...makannan x mahal sgt kira ok lah...tujuan ke sana nak tgk proses pembuatan susu...tp xder rezeki sbbnya xder lembu time tu...tp kat dlm sana...mmg bnyk sgt makan, minuman & ice cream dr susu...siapa yg suka susu mmg sinilah tmptnya...










Selesai di Desa Dairy Farm, kami menuruskan perjalanan kami ke Sabah Tea Farm...tapi ada incident yg berlaku which brake kereta sewa kami berasap...kerana utk menuju ke Sabah Tea Farm tu kami kena menuruni bukit2 yg curam which mean byk kena main brake...half way je kami pusing terus menuju ke ferry utk bawak kami ke Labuan...jarak perjalan dr Kundansang ke Terminal Feri dalam 180km x silap tp masa perjalanannya dalam 5.5 jam...panas buntut ddk dlm kereta...sesampainya di terminal kami ada masalah which ticket yg kawan beli tu dah burned sbbnya kami terlepas 10 minit dr waktu yg sepatotnya..terpaksa beli tiket br...once beli feri sampai kami pun drive in dlm feri...masa utk smpi ke Labuan almost 2 jam dlm feri...sempatlah tdo sekejap haha





 Sesampainya di Labuan kami terus drive ke kedai makan di Labuan sbb kelaparan yg amat sgt hahaha...selepas mkn kami trus mencr rumah sewa yg telah pun kami tempah...

Sampai sini dulu utk percutian di Sabah...Part 2 will be coming soon

No comments:

Post a Comment